Protin hidup.
Dia pernah lihat perkara semalam harini.
Perkara hari esok lusa.
Perkara yang tak mungkin akan terjadi semalam.
Pernah dia bertanya apa maksud perasaan kecewa.
Dia tak mengerti tapi cuba memahami.
Kerana kecewa baginya bukan perasaan tapi sebuah kehidupan.
Kegembiraan pernah cuba menyelak kuping telinganya.
Seperti angin pusar buih senja desir sunyi.
Seperti nyamuk gila darah. Puas. Dengki. Kurang.
Dia pernah rasa gembira.
Dia pernah rasa bahagia.
Muncul bila mana kenyang.
Hilang bersama kupukupu malam.
Dia tegar hidup tanpa rasa.
Kerana rasa itu bagai bayang siang memusuhi malam.
Teringat kisah dulu.
(Nyamuk tadi tak pernah bohong tentang niatnya.
Fumakilla, ridsect,shieldtox. Pernah ronggakan sistem ini.
Tapi sapa peduli. Dia cuma mahu itu.)
Dulu kalau ayah spray ridsect semua kena kluaq dok luaq rumah. Racun.
No comments:
Post a Comment